KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan guru prasekolah Kemas dan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Negara (JPNIN) supaya mengikuti Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi meningkatkan standard dan kualiti pengajaran di sekolah.