Membuka cerita, penyanyi etnik, Noraniza Idris mengaku hatinya tersayat apabila di depan matanya sendiri, seorang penyampai radio mencampak cakera padat (CD) album irama Malaysia pertamanya, Ala Dondang ke dalam tong sampah. Semuanya berpunca daripada stesen radio yang diwakili penyampai terbabit tidak memainkan lagu berentak demikian.