PEMAJU hartanah rizab Melayu, Masgenuine Alliance Holding Sdn Bhd (Masgenuine) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Berhad (KopDBKL Berhad) dalam usaha memastikan golongan Bumiputera mampu memiliki kediaman sendiri.