Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abd Majid tidak akan bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu Julai depan kerana menganggap dirinya tidak layak.