Temerloh: Tiga hari lalu abang menulis di status Facebook miliknya memohon maaf kepada semua kenalan dan itu nukilan terakhirnya sebelum kami mendapat berita kematiannya,” kata Mohd Solehan Mohd Khaidir, 25, adik kepada Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Batu 4 Jalan Karak, di sini, malam kelmarin.