Kuala Lumpur: Pisahkan saja! Itu pandangan bekas pakar beregu kebangsaan, Jalani Sidek terhadap pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang gagal mencapai sasaran final ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Kejohanan Dunia di Guangzhou, China awal bulan ini.