Ipoh: Arwah isteri sempat melihat anak kami bertatih dan berjalan sambil memanggil namanya walaupun baru berusia 11 bulan. Itulah kenangan manis terakhir kami,” kata Mohd Afendi Jusoh, 28, susulan kematian isterinya, Ila Nursalina Ali Amran, 28, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 50.5, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Isnin lalu.