New York: Pilihan untuk pengguna yang mahu membeli tablet semakin hari semakin banyak. Minggu lalu, Google melancarkan tablet Nexus di Jepun dan Korea Selatan, Barnes & Noble memperkenalkan versi baru Nook, manakala khabar mengenai pelancaran Apple iPad Mini semakin kencang tersebar.