PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-7 (MSAN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa bagi memantapkan lagi mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti pengambilan pasir sungai terutama sungai-sungai yang terbabit dalam rancangan tebatan banjir (RTB).