Secara umumnya hukum nazar adalah harus. Harus bermaksud ia boleh dilakukan tetapi bukanlah digalakkan seperti amalan sunat yang lain. Jika seseorang bernazar untuk melakukan sesuatu, maka amalan itu menjadi wajib bagi dirinya, sedangkan pada asalnya amalan itu tidak wajib.