Tidak dapat disangkal, antara daya penarik filem 'Oblivion' adalah barisan pelakonnya yang terdiri daripada Tom Cruise dan Morgan Freeman. Kedua-duanya pelakon gred A yang sudah lama menghambakan diri kepada seni lakonan. Gandingan sulung mereka di layar perak semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan.