Lahad Datu: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengetuai 200 pegawai dan anggota tentera dari Markas Taktikal 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas dalam Op Daulat membuang undi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Kampung Tandou, di sini, semalam.