Kehidupan dikelilingi dunia glamor dan sanjungan yang diterima setiap hari menjadikan manusia alpa. Ini diakui pelakon, Eja di mana dia sendiri pernah leka dalam keseronokan duniawi sehinggalah dia menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-40 pada 18 Januari tahun lalu. Pertambahan usia membuatkannya insaf dan perlu berubah.