Indianapolis: Oscar dan Eden Hazard masing-masing menyumbat satu gol membantu Chelsea merakamkan kemenangan penting 2-0 ke atas bekas juara Eropah, Inter Milan pada aksi suku akhir kejohanan Piala Antarabangsa Guinness, kelmarin yang juga saingan persahabatan pra-musim.