Labuan: Ikan kerapu seberat 1.07 kilogram (kg) yang meragut umpan udang hidup membawa tuah kepada pemancing tempatan, Amat Hamid, 35, sekali gus muncul juara Fiesta Pancing Merdeka Raya Labuan 2013 di Pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, dekat sini, semalam.