Kuala Lumpur: Jangan tewas kepada beregu tidak ternama! Itu amaran diberi ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her kepada pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi memastikan mereka berada di kemuncak prestasi menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, Ogos ini.