Kuala Lumpur: Beregu profesional, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari berpeluang untuk merampas kedudukan pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Goh V Shem-Lim Khim Wah di kedudukan ranking ke-14 dunia jika melakar keputusan cemerlang pada Grand Prix Emas Terbuka Australia bermula hari ini.