London: Chelsea mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjinakkan Arsenal 2-1 dalam pertemuan getir derbi London yang meneruskan kempen tanpa kalah The Blues dan menghadiahkan kekalahan pertama buat The Gunners musim ini lebih memeritkan di Emirates.