FINAL edisi keempat kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia semalam menjadi milik sensasi Argentina, Juan Monaco, namun lawannya yang kecundang menerusi perlawanan tiga set 7-5, 4-6, 6-3, Julien Benneteau turut berjaya ‘memenangi’ hati penonton yang menyaksikan perlawanan cukup mendebarkan di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.