KUANTAN: Pasangan pengantin baru warga Jepun, Tetsukosenda, 28, dan isterinya, Chiaki, 27, memilih bersanding mengikut cara tradisional Melayu, sekali gus menikmati sendiri pengalaman menjadi raja sehari pada majlis penuh meriah di Kampung Jaya Gading, di sini.