MESKIPUN ekonomi negara berdepan cabaran persekitaran ekonomi antarabangsa yang tidak menentu, sektor insurans dan takaful memperlihatkan perkembangan positif serta memberangsangkan. Sejak lima tahun lalu, jumlah premium insurans dan sumbangan takaful baru mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar purata tahunan 4.9 peratus iaitu pertumbuhan paling tinggi 13 peratus dicatat pada 2010.