Ipoh: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendabik dada mengatakan beliau ‘berjaya’ mengurangkan hutang negara ketika memegang jawatan Menteri Kewangan kerana dunia ketika itu tidak berdepan krisis ekonomi global. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata situasi pada zaman Anwar menjadi Menteri Kewangan jauh berbeza berbanding sekarang berikutan keadaan ekonomi yang berubah.