Kuala Lumpur: Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (Wonderful Lifestyle), syarikat francais induk bagi kedai kopi, Gloria Jean's Coffee di Malaysia menyasarkan jualan RM10 juta menjelang akhir tahun ini didorong pembukaan sepuluh cawangan dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM40 juta.