Tawau: Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.