Kuala Lumpur: Semangat tidak mudah putus asa yang ditunjukkan memberi tonik buat pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah apabila melakar kejutan dengan menyumbang satu mata dan sekali gus membantu skuad badminton negara menewaskan Bintang Asia 3-1 pada aksi terakhir kempen Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Cheras semalam.