Keupayaan anak tempatan dalam menghasilkan sistem komunikasi canggih yang dikenali sebagai C4i terbukti apabila sistem berkenaan digunakan ketika ini oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan pemantauan dan perisikan dalam melaksanakan Op Daulat di Lahad Datu, Semporna serta Labuan selain beberapa pulau kecil di perairan Sabah.